Wednesday 7 December 2011

Peraturan Bola Jaring

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

1.0 PERATURAN AM
1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung,
pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang- undang

Persekutuan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) tahun 1997.
1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi
pentafsirannya, Undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
1.3 Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-
1.3.1 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasas kepada Undang-undang Persekutuan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA).
1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Bola Jaring MSSWPP adalah muktamad.

2.0 TARIKH PERTANDINGAN
Dari……………. Hingga……………………

3.0 TEMPAT PERTANDINGAN
Dewan ………………………………

4.0 PENYERTAAN
4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Penyertaan hendaklah dibuat melalui Majlis Sukan masing-masing.
4.2 Setiap Sekolah hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan sahaja mengandungi :-
Pengurus Pasukan 1 orang
Jurulatih Pasukan 1 orang
Pengadil 1 orang
Peserta 10 orang
----------
13 orang

5.0 KELAYAKAN PESERTA
5.1 Hanya peserta yang lahir pada tahun ……….. dan selepasnya sahaja yang layak didaftarkan oleh sesuatu pasukan.
5.2 Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan Kad Pengenalan dan tiga (3) keping gambar berukuran Pasport Antarabangsa Peserta.
5.3 Hanya peserta yang didaftarkan dengan Yuran Pendaftaran sebanyak RM 20.00 seorang mengikut Peraturan Am Perkara 6.2 sahaja yang layak menyertai pertandingan ini.
5.4 Gantian peserta hanya boleh dilakukan kepada peserta yang telah didaftarkan
sebelum tarikh tutup pendaftaran sahaja. Yuran Pendaftaran peserta yang telah diganti itu tidak akan dikembalikan.
5.6 Seseorang pemain kebangsaan hanya dibenarkan menyertai seperti mengikut Peraturan Am Perkara 4.6. Pemain kebangsaan bermaksud mereka yang telah mewakili negara di Sukan SEA XXI, 2001 dan lain-lain kejohanan selepasnya iaitu Kejohanan Bola Jaring Sukan Komanwel, Kojohanan Bola Jaring Remaja/Senior Asia, Kojohanan Bola Jaring Remaja/Senior Dunia dan Kejohanan Siri Malaysia Singapura.

6.0 TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN
6.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum pertandingan pertama dijalankan.
6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa Taklimat Pengurus Pasukan adalah muktamad.

7.0 SISTEM PERTANDINGAN
7.1 Di mana penyertaannya terdiri daripada lapan (8) pasukan sahaja, maka pertandingan peringkat Awal akan dijalankan secara Liga satu pusingan dalam dua
kumpulan iaitu; kumpulan Adan kumpulan B. Pasukan Johan dan keempat akan dimasukkan ke dalam kumpulan A. Naib Johan dan ketiga akan dimasukkan ke dalam kumpulan B. Pasukan-pasukan yang lain akan diundi bagi menentukan kumpulan masing-masing.
7.1.2 Pemenang-pemenang pertama dan kedua dalam kumpulan Adan Blayak memasuki peringkat Separuh Akhir seperti berikut :-
A1mln. B2
A2mln. B1
7.1.3 Pemenang-pemenang dalam peringkat Separuh Akhir akan bermain di peringkat Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan. Pasukan pasukan yang kalah akan bermain bagi menentukan tempat ketiga dan keempat.
7.2 Di mana penyertaannya terdiri daripada sembilan (9) hingga dua belas (12) pasukan, maka pertandingan Peringkat Awal akan dijalankan secara Liga satu
pusingan yang dibahagikan dalam tiga (3) kumpulan iaitu kumpulan A, kumpulan Bdan kumpulan C. Pasukan-pasukan yang lain akan diundi bagi menentukan kumpulan masing-masing. D1mln. B2
7.3.3 Pemenang-pemenang dalam peringkat Suku Akhir akan memasuki peringkat Separuh Akhir seperti berikut :-
A1/ C2mln. D1/ B2
B1/ D2mln. C1/ A2
7.3.4 Pemenang-pemenang dalam perlawanan Separuh Akhir akan memasuki perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan. Pasukan-pasukan yang kalah akan bermain bagi menentukan tempat ketiga dan keempat.
7.4 Pertandingan di peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir akan dijalankan secara Kalah-Mati.
7.5 Sistem pemberian mata bagi pertandingan secara Liga adalah seperti berikut :-
Menang 2 Mata Seri 1 Mata Kalah 0 Mata




8.0 MENENTUKAN KEMENANGAN
8.1 Kemenangan bagi pertandingan secara Liga ditentukan daripada jumlah mata yang terbanyak tetapi jika berlaku seri pada jumlah mata, maka keputusan akan ditentukan seperti berikut :-
8.1.1 Secara purata gol, iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang dijaringkan dengan jumlah gol yang kena, didarab dengan 100 dandibahagikan dengan bilangan permainan. Bagi menentukan kedudukan yang muktamad,bilangan angka perpuluhan bagi purata gol ialah tiga (3).
8.1.2 Jika purata gol masih berkedudukan seri, maka keputusan akan ditentukan secara perbezaan gol iaitu jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah gol yang kena.
8.1.3 Jika kedudukan masih seri, maka keputusan akan ditentukan secara mengambil keputusan perlawanan di antara kedua-dua pasukan berkenaan sebelumnya.
8.1.4 Jika kedudukan masih sama, keputusan akan ditentukan secara lambungan duit. Jika di peringkat ini lebih daripada dua (2) pasukan terlibat, maka keputusan akan ditentukan dengan cabutan undi.
8.2 Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAHMATI,jika keputusannya berakhir dengan seri, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut :-
8.2.1 Apabila tamat masa pertandingan, pasukan akan bertukar kawasan bermain serta merta dan meneruskan permainan dengan masa tambahan selama lima (5) minit tanpa rehat.
8.2.2 Undang-undang yang meliputi Hantaran Tengah dan Penggantian, sepertimana terdapat dalam Buku Undang-Undang Permainan, akan dilaksanakan.
8.2.3 Setelah masa tambahan lima (5) minit pertama tamat, pasukan akan sekali lagi bertukar kawasan bermain dan meneruskan permainan selama lima (5) minit lagi tanpa rehat.
8.2.4 Jika kedudukan masih seri, setelah masa tambahan lima (5) minit kedua tamat, maka permainan akan diteruskan sehingga gol selanjutnya dijaringkan.

9.0 KELEWATAN
9.1 Lima belas (15) minit akan diberikan kepada pasukanpasukan.Jika selepas masa itu sesuatu pasukan tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain, maka pasukan berkenaan dikira menarik diri daripada pertandingan.

10.0 TEMPOH PERLAWANAN
10.1 Tempoh perlawanan adalah secara Empat Suku iaitu 15 minit bagi setiap suku dengan masa rehat Suku Pertama dan Ketiga selama 3 minit dan masa rehat bagi Separuh Masa ialah 5 minit.

11.0 PAKAIAN PESERTA
11.1 Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian seragam iaitu corak, bentuk dan warna yang sama. Pakaian seragam yang sama hendaklah dipakai disepanjang
kejohanan.
11.2 Setiap pemain hendaklah memakai baju-T atau Jersi dengan skirtatau track-bottom. Bloomersyang sama warna dengan skirt hendaklah digunakan. Seluar
pendek atau tighttidak dibenarkan.
11.3 Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set bib berlainan warna yang ketinggian hurufnya adalah 4-6 inci.
11.4 Sekiranya kedua-dua pasukan yang memakai bib yang sama warna, maka keputusan pertukaran bib akan dijalankan secara lambungan duit.

12.0 MENARIK DIRI
12.1 Menarik diri tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan dianggap menarik diri daripada keseluruhan pertandingan dan pasukan berkenaan tidak dibenarkan lagi menyertai perlawanan seterusnya.
12.2 Pemain tidak dibenarkan keluar gelanggang semasa berlaku Pemberhentian. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan akan dikira kalah dan dianggap menarik diri daripada keseluruhan pertandingan.
12.3 Tindakan disiplin terhadap pasukan yang menarik diri akan diambil oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal Persatuan Bola Jaring Malaysia.

13.0 PENANGGUHAN
13.1 Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan seperti hujan lebat, petir dan kilat, keadaan padang yang becak, cuaca gelap dan sebagainya, maka Pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak menangguhkan perlawanan.
13.2 Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut :-
13.2.1 Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka perlawanan akan disambung mengikut baki masa yang tinggal.
13.2.2 Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain, maka perlawanan hendaklah dimainkan semula.
13.2.3 Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguhkan atau mengubahkan sesuatu jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu memberitahu atau diputuskan secara serta merta.

14.0 PEGAWAI TEKNIKAL
14.1 Pengarah Pertandingan Teknikal akan dilantik oleh Persatuan Bola Jaring MSSWPP
14.2 Setiap pasukan dikehendaki membawa seorang (1) Pengadil yang bertauliah yang dilantik oleh Persatuan Bola Jaring Negeri dan disahkan oleh Persatuan Bola Jaring Malaysia.

15.0 BANTAHAN DAN RAYUAN
15.1 Semua bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan oleh Pengurus Pasukan secara bertulis kepada Pengurus Jawatankuasa Pertandingan tidak lewat daripada tiga puluh (30) minit selepas sesuatu perlawanan itu tamat.
15.2 Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan Wang Pertaruhan sebanyak RM200.00 tunai.
15.3 Wang pertaruhan akan luput, jika bantahan atau rayuan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.


16.0 TINDAKAN TATATERTIB
16.1 Tindakan Tatatertib yang akan diambil ialah mengikut Undang-undang Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA).
16.2 Seorang Pemain yang diarah keluar Gelanggang dan tidak dibenarkan meneruskan permainan adalah dengan sendiri digantung bermain dalam perlawanan berikutnya, sehinggalah Jawatankuasa Tatatertib telah mengambil tindakan yang sewajarnya.

17.0 JURI RAYUAN
17.1 Juri Rayuan terdiri daripada lima (5) orang yang dilantik oleh Persatuan Bola Jaring Malaysia iaitu :-
17.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan danTeknikal
17.1.2 Delegat Teknikal
17.1.3 Tiga (3) orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat
17.2 Juri Rayuan akan bersidang dalam masa dua (2) jam setelah menerima bantahan atau rayuan dan akan menyampaikan keputusan kepada Jawatankuasa Pertandingan untuk diumumkan.
17.3 Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad.

18.0 JAWATANKUASA TATATERTIB
18.1 Jawatankuasa Tatatertib terdiri daripada lima (5) orang yang dilantik oleh Persatuan Bola Jaring Malaysia iaitu :-
18.1.1 Yang Dipertua PBJM atau wakilnya
18.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
18.1.3 Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib/Disiplin Kebangsaan
18.1.4 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan/Teknikal Kebangsaan
18.1.5 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan
18.2 Jawatankuasa Tatertib akan bersidang dalam masa dua (2) jam setelah menerima laporan daripada Pegawai Pertandingan dan Pengadil serta membuat keputusan jika tindakan tatatertib perlu diambil berlebihan daripada para 17.2 di atas.
18.3 Jawatankuasa Tatatertib berhak mendapatkan sebarang maklumat lanjut daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan itu untuk membuat keputusan.
18.4 Semua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad.

19.0 HADIAH-HADIAH
19.1 Pingat-pingat kemenangan akan disediakan seperti berikut :-

EMAS PERAK GANGSA
19.2 Pemberian pingat-pingat kemenangan adalah tertakluk kepada Peraturan Tetap 14.3.

Wednesday 23 November 2011

Sejarah Bola Jaring



SEJARAH BOLA JARING 
1891
Dr. James Naismith - berbangsa Kanada mencipta sukan dalaman untuk penuntut Bahagian Latihan Fizikal, Kolej Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat.
Bola Jaring (asalnya dikenali sebagai bola bakul / basket ball) dibawa ke England oleh Dr. Tales dalam tahun 1895. 


KEJOHANAN DUNIA

KEJOHANAN
TAHUN
TUAN RUMAH
JOHAN
Pertama
1963
England
Australia
Ke-2
1967
Australia
N. Zealand
Ke-3
1971
Jamaica
Australia
Ke-4
1975
N. Zealand
Australia
Ke-5
1979
Trinidad Tobago
Australia,
N. Zealand, Trinidad & Tobago
Ke-6
1983
Singapura
Australia
Ke-7
1987
Scotland
N. Zealand
Ke-8
1991
Australia
Australia
Ke-9
1995
England
Australia
Ke-10
1999
N. Zealand
Australia
Ke-11
2003
Jamaica
N.Zealand
Ke-12
2007
N. Zealand
Australia
Ke-13
2011
Singapura
?

KEJOHANAN BOLA JARING REMAJA DUNIA

KEJOHANAN
TAHUN
TUAN RUMAH
JOHAN
Pertama
1988
Australia
Australia
Ke-2
1992
Fiji
N. Zealand
Ke-3
1996
Kanada
Australia
Ke-4
2000
Wales
Australia
Ke-5
2005
USA
N. Zealand
Ke-6
2009
Cook Islands
?

SEJARAH BOLA JARING ASIA
1985
Persekutuan Persatuan Bola Jaring Asia (AFNA) ditubuhkan
AHLI GABUNGAN
Malaysia
Singapura
India
Sri Lanka
Hong Kong
Australia
Pakistan
Maldives
Thailand
Japan
Brunei
China Taipei

KEJOHANAN BOLA JARING ASIA

KEJOHANAN
TAHUN
TUAN RUMAH
JOHAN
Pertama
1985
Malaysia
 Malaysia
Ke-2
1989
 India
 Sri Lanka
Ke-3
1993
Hong Kong
Hong Kong
Ke-4
1997
Singapura
 Sri Lanka
Ke-5
2001
Sri Lanka
 Sri Lanka
Ke-6
2005
Singapura
 Singapura

Ke-7
2009
Malaysia
 ?

SEJARAH BOLA JARING MALAYSIA
21 Mac 1978
Penubuhan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) oleh Almarhumah Ke Bawah DYMM Tengku Ampuan Pahang
Ahli Gabungan PBJM
14 buah negeri
3 ahli bukan negeri
PDRM, ATM, TNB

KEAHLIAN PBJM DIPINDA PADA TAHUN 2004

PBJM

AHLI GABUNGAN 14 BUAH NEGERI
AHLI BERSEKUTU ATM, PDRM & TNB